Tuesday 6 September 2011

sALam pErkENaLAn pEmBukA biCArA

tak kira pengguna digi ka celcom,
tetap aku ucapkan assalamualaikum.

aku masih mentah dalam bidang ni kerana aku baru mula mengenali apa itu blog. aku terfikir nak buat blog pagi tadi sewaktu berada di dalam kelas 'LANGUAGE DEVELOPMENT'. semuanya bermula apabila, classmate aku, MARTIN ALO, membuka blognya  disebelah aku. aku juga suka meluahkan perasaan melalui penulisan sepertinya. Jadi, aku membuat kata putus dan inilah hasilnya. MARTIN ALO YANG BERSALAH~!!! hahaha. 

pertama sekali, nama aku Muhamad Hazwan. semua orang menggelarku Wan kecuali keluarga aku yang memanggilku, Adek. haha. aku hanyalah seorang pelajar yang belajar di Kuching, berasal daripada Sibu, Sarawak. tahun ini, umurku genap 19 tahun. cukup setakat itu, sekarang kita mulakan huraian mengenai diriku yang sebenar. sebenarnya, aku tak biasa berbicara secara formal la. haha. aku juga mempunyai minat yang terlalu tinggi dalam 'arena' permotoran. haha. sekali lagi aku ulangi, 'arena' permotoran. hahaha. 

semua orang kata muzik adalah kehidupan. tapi bagiku, muzik menceritakan perasaan dan pengalaman seseorang itu. lagu one in a million by ne-yo, salah satu lagu yang bermakna bagiku. semestinya berkaitan dengan percintaan la. aku mat jiwang ka.? haha. futsal dan bola sepak telah menjadi sebati dengan diriku sejak aku Tingkatan 3. herm... nanti la aku update post yang terbaru. aku pun nak edit blog aku ni nanti. huhu.


trimas kepada yang sudi membaca lamanku yang tidak seberapa ini. ini cuma coretan. like i said, nothing special.